Saturday, June 02, 2007

Just A Thought

(I'm gonna blog in malay for this post, cos I feel it would be easier, and also in accordance with Li Tiing's one malay blog a month for our 50th Merdeka!!)

~~~
Adakah patut seseorang dihukum kerana hasutan orang lain???
Adakah seseorang dipecat hanya kerana mendengar dan bercakap bagi pihak seseorang yang lain? Walhal orang yang menghasut hanya terlepas begitu sahaja???

Pada mulanya, saya fikir penghasut itu seseorang yang baik, dan sangat baik hati. Rupa-rupanya, dia hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Dia biarkan sahaja orang yang menganggapnya kawan untuk masuk kandang harimau (lion's cage) tanpa sebarang persiapan, sedangkan dia tahu bahawa buruk padahnya kawannya mengambil langkah sebegitu...orang macam tu, anggaplah sebagai 'kawan' yang mementingkan diri sahaja lah!!! Jikalau tak ada dia pun, kita tak akan mati. Kenapalah kawan saya yang dihasut itu perlu dihukum kerana perlakuan penghasut itu???

Saya tahu apa yang sedang berlintas pada fikiran anda sekalian. Kenapa saya tak pergi sahaja kepada bos dan beritahu hal yang sebenar? Kerana, bos saya tahu juga bahawa semua yang dilakukan kawan saya adalah kerana penghasut demikian, tetapi halnya, semasa mesyuarat, penghasut itu diam diam sahaja. Jadi bos pun tidak dapat berbuat apa-apa, kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan!!! Hanya kerana dia tidak bersuara...

Baru sekarang saya faham bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk dirinya, termasuk membiarkan kawan-nya dimakan.

CIS....

~~~

Sebenarnya, agak sukar ber-blog dalam bahasa melayu hor??? perlu diam seketika untuk mencari perkataan yang betul...kalau tidak, tak masuk akal ayat saya...

-_-"

ok lar, saya berhenti setakat ini... moga moga kalian semua ada hari yang gembira!!!

No comments: